Monday, July 12, 2010

Jom Kenal "Member" Bangsat!!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Wow..World Cup 2010..Belanda 0 vs Sepanyol 1.. menang Sepanyol ni..walau lama betul nak tengok bola tu masuk gawang gol..sampai tertidur-tidur ayam aku dibuatnya..bola punya pasal(walau aku xreti main bola.he10x)..ku layan gak la..kira puashati gak la tengok diorang main(pandai ke aku menilai??)..tak sia-sia aku berjaga sampai pagi dan upgrade astro kat umah ku itu..hehehehe..ok!!!WC habis sudah.so,aku kena pikir untuk tukar channel sports tu kepada channel lain plak!!wakakakka...;)

Ha,entry kali ni,bukan bebenornya nak citer pasal WC.tapi ada 1 info yang nak ku kongsi dengan sesiapa je yang "tetiba" terbaca blog ku ini..sebab bila tengok blog ku yang memang tak seberapa ni,tak de pulak "ilmu" yang munafaat ku share kat sini.so,kali ni,ada benda yang InsyaAllah ada gak munafaat nye..info ni,pernah ku cetak dan edar mase zaman ku belajar dulu.masa tu duk bawah biro publisiti persatuan yang kunun aku aktif lah..bila teringat masa zaman tu,leh wat aku tersenyum kambing sorang-sorang lah!!wakakaka...lawak tul

"tuan2 dan puan2..tanpa membuang masa(kenapa suke buang masa??..;p)..diperkenalkan.. .I.B.L.I.S... IBLIIISSSS laknatullah ..(sila baca dgn intonasi seorang MC yang gedik)





Nama :- Iblis Laknatullah

Tempat Kelahiran :- Bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status Diri :- Fasik kelas pertama

Agama :- Kufur

Tempat Tinggal Di Dunia :- Hati-hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal Di Akhirat:- Neraka jahanam

Kawasan :- Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha mengingati
Allah

Arah Perjalanan :- Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di Dunia :- Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati
Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum Kerabat :- Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal Pusingan :- Angan-angan kosong

Tempat Pertemuan :- Pasar-pasar

Musuh Ketat :- Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto Kerja :- "Hipokrasi asas akhlak"

Kesukaannya :- Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan
menyesatkannya.

Cita-Cita :- Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :- Bila orang membaca istighfar

Lambang :- Sebarang tatu

Pejabat Operasi :- Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta
tempat-tempat maksiat.

Rakan Kongsi :- Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan
jin dan manusia.

Sumber Pendapatan :- Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis Perkhidmatan :- Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan
kederhakaan terhadap Allah.

Tempoh Perkhidmatan :- Sehingga hari kiamat

Matlamat Perjalanan :- Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam

Teman Sejawat :- Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan
kebenaran.

Ganjaran Berkomunikasi Dengan :- Orang yang suka mengumpat, mencaci,
memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Makanan Kegemaran :- Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti :- Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Yang Dibenci :- Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat Perangkap :- Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan
sebagainya.

Saat Ajal :- Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari
kiamat kelak.

Tugas Yang Paling Disukai :- Homosex dan Lesbian

Janji-Janji :- Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang Membuatnya Menangis :- Bila orang sujud kepada Allah


ha..kenal dah kan "member" yang sentiasa kat kita hari-hari..mintak jauh supaya kita tak jadi member kamcing iblis ni..walau "member" ni sentiasa menghasut kita "buat benda2 yang seronok"..tapi "seronok" yang "member" ni cipta, Allah & Rasul larang.

"Sampaikan lah walau seayat frndzzz"

iblis laknatkatakan tidak!!!!

Sambung Baca...Jom Kenal "Member" Bangsat!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...