Monday, February 15, 2010

Jauh di Sana..Sini...?

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Cuti..cuti..cuti..kejap nya rasa bercuti..huhuhu..rabu dah masuk kerja pulak..berat betul nak masuk kerja bila tahap kemalasan dah sampai tahap cipan ni..

tapi,sekarang ni,aku masih di muo lagi..hahaha..balik kampung ni,dah pasti la menjenguk mak,ayah dan adik-adik yang jarang-jarang berjumpa dek kerana amanah dan tanggungjawab aku pada bangsa,agama dan negara di Kuala Lumpur tu..hehehe...gemilang ayat aku..InsyaAllah..

Kat kampung ni..adooii...slow ya amat broadband aku ni.tak selancar dan semaju kelajuannya di KL.tension n stress aku dibuatnya..walau slow gila baban, line kejap ada,kejap tarak..aku tetap gagahkan gak untuk on9 bagi diriku yang sememangnya sudah gagah ni..MasyaAllah..

Sambil-sambil aku menikmati tahap keselesaan yang amat tinggi bila berada di kampung dengan makanan akan siap terhidang bila sampai waktu, waktu tengahari dan malam,sempat juga aku membelek-belek 1 majalah yang dah menjadi rutin aku beli dan baca(walaupun jarang aku habis baca setiap siri)ahaks..

Dan...aku terjumpa satu rencana yang membicarakan "Gelora Iman Kala Usia Muda"..perghh..terkesima aku baca tajuk nya..selalu biasa aku terbaca "Gelora Nafsu Kala Usia Muda"..kaan..adakah aku akan membuat rumusan ke atas ape yang aku dah baca?owh..no..no..no..silap..kalau nak tahu intipatinya,kenalah baca sendiri setiap orang.barulah menusuk ke Qolbu beb..InsyaAllah..

Apa yang menarik tentang artikel ini sebab,ada dinyatakan satu hadith yang dah lama aku pernah baca,tapi terlupa bangat intipatinya yang betul..so,Allah beri peluang untuk aku baca dan hayati hadith ni..syuukuur..apa hadit nya..ha..ni dia..layan biar sampi ke hati ye..InsyaAllah..

Rasulullah bersabda yang bermaksud..."Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari kiamat yag tiada sebarang perlindungan melainkan lindungan rahmat-Nya ialah 1.pemerintah yang adil, 2.pemuda yang menggunakan masa mudanya dalam beribadah kepada Allah, 3.lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid, 4.dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah-mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, 5.lelaki yang digoda oleh wanita dan dia mengatakan"aku takutkan Allah", 6.seorang yang mmberi sedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya, 7.lelaki yang mengingati Allah berseorangan lalu mengalir airmata nya.(riwayatal-Bikhari dan Muslim).

MasyaAllah..hebat kalau aku boleh capai tahap macam dalam hadith ni..huhu...tapi..jauhnya aku Ya Allah...

Sambung Baca...Jauh di Sana..Sini...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...