Thursday, March 17, 2011

Siapalah Aku



As Salam...
Fuuhh...lame betul tak hupdate blog ni..banyak benda yang nak dan boleh dishare kat sini.walaupon tiap-tiap hari aku online,masa untuk menghupdate blog ni tetap aku biarkan masa berlalu sebab malas nak menaip setiap bait kata2..hehehe..

bagi mengelakkan blog ni terus menjadi sesawang yang amat dilupakan oleh diri aku yang hemsem ni..ni kasi update sikit la...jom kita berpuisi nak??he3...layan je la puisi ni yang entah dari mana aku dapat pun aku dah lupe..pastu aku edit sikit2 mana yang perlu la...u allz....jom layanz....:)


Tatkala persahabatan itu diuji…


Kau…aku…
Kita saling terluka…

Aku tahu juga kau sedang di uji;
Aku juga mahu kau tahu..
Aku juga sedang di uji…
Dan persahabatan ini juga teruji..
Tapi kita harus tahu…
Setiap ujian itu punya hikmahnya…
Tiada ujian melainkan bila ada kekuatan…
Kerana Dia tahu kita sebenarnya punya kesanggupan…

Sahabat…
Aku rinduuu…
Saat kita bersama..
Kita berkongsi segala-galanya…
Kita ketawa dan menangis bersama..
Tapi…sahabat…
Mengapa itu tidak kedengaran lagi?
Mengapa itu tidak terjadi lagi?

Sesungguhnya…
Persahabatan yang dimulai dengan kalimah..
La ilahailallah..
Akan hebat ujiannya..
Ketahuilah sahabatku…kita sedang diuji…
Dia mahu menguji cinta kita padaNya…
Dengan menguji persahabatan ini…

Tatkala persahabatan itu diuji..
Ya Allah…sakitnya…pedihnya..
Andai engkau mampu menyaksikan…
Remuknya perasaan ini…
Hati aku menangis…mungkin tidak dapat aku zahirkan..
Kerana aku manusia keras..
Aku mungkin bersalah…tapi entah..
Mungkin maaf itu sukar untuk kau ungkapkan
Mungkin kerana aku terlalu menyakiti engaku…

aku mahu kita kembali seperti dulu…

Sahabat…waktu kian senja…
Aku bimbang…waktu yang getir ini…
Aku tak sempat untuk bersama kau lagi…
Kerana kita saling tahu…
panggilanNya kian hampir..
dan datang tanpa tanda..

aku tahu…
aku punya banyak kelemahan..
kau juga begitu…
kerana itu bukti kita hamba..

namun, aku mahu kau tahu…
apapun kekurangan engkau..
engkaulah sahabat terbaik…
mungkin tak akan aku jumpai lagi ganti kau selepas ini…
mungkin kau pernah atau engkau akan menemui..
sahabat yang lebih baik dariku..
kerana engkau lebih baik…dan..
aku tahu.aku ada kelemahan dan kekurangan sendiri.
aku manusia yang tak layak bersahabat dengan kau..

sahabat…mengapa?
Kita perlu terus begini?
Benar…sayang dan cinta itu diuji…
Bukan disaat lautan tenang…
Tetapi tika ia sedang hebat bergelora…

Sahabat…jangan kita kalah!
Ujian itu datang bukan untuk kita kalah…
Ujian itu petanda kita hampir menang…

Mungkin kau perlukan masa…
Aku juga begitu…
Tapi sampai bila…
Ajal itu datang tanpa tanda..
Aku tak tahu mungkin aku..atau
mungkin juga engkau yang akan pergi dulu
aku tak mahu kita tunggu…

di saat ini…aku begitu merindukan…
waktu yang dijanjikanNya…
waktu dimana tiada lagi duka…
waktu hanya tawamu yang kudengar…
tiada lagi tangisanmu yang meluluhkan hati ini…
tiada lagi perselisihan…
yang ada hanya kebahagiaan kekal..
itulah Jannatul Firdaus…


tatkala kau dan aku diuji…
aku tetap mahu kau tahu…
Dia sedang mendengar rintihan kita…
Dia menghitung setiap kerasnya hati kau..
Mungkin selama ini hati kita ketandusan cinta dariNya..
Dia mahu kita kembali mencariNya..
Menghidupkan hati yang gersang iman ini…
Kerana Dia mahu kita bertemuNya di Jannatul Firdaus..
Berbahagia di sana..

Oleh itu sahabat…rintihkan…
Sampaikanlah…adukan halmu kepada Dia..
Dia akan memeluk hatiMu…
Yang duka itu..

Perjalanan masih jauh…
Andai engkau tidak menemukan aku lagi..
Dihadapanmu…
Ketahuilah…aku masih disini…
Di tempat kau tinggalkan aku..
Kerana aku akan sentiasa
Setia menanti engkau…

sekian...untuk ingatan diri aku...dan yang lain-lain...
wassalam
...:)


Sambung Baca...Siapalah Aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...