Wednesday, December 29, 2010

LATEST

CERITA SENSASI
TIADA IDEA UNTUK DICORETKAN.....
HARAP MAKLUM...
HUHUHUHUHU
SELAMAT TINGGAL 2010

Sambung Baca...LATEST

Tuesday, December 7, 2010


Salam Maal Hijrah 1432
Mahukan tahun baru kali ini membawa manusia bernama MUHAMAD FAKARUDIN ini lebih baeek...herm...
anda??bagaimana??
anda buat..anda dapat









Sambung Baca...

Tuesday, November 23, 2010

Apa Nak Jadi dah




tak tau la apa nak jadi
aku bosan,gelisah dan tak tenteram
why??..why??
selagi odit kat tempat lama tak habis lagi
selagi tu la aku tension
tension dengan macam-macam perkara
adooii
Ya Allah
tunjukanlah aku jalan yang terbaik
permudahkan lah segala urusan ku
bantulah aku
bantulah mereka yang sedang menghadapi "kekusahan" disana
kalau mereka senang
aku pun senang
Amiin
:)

insyaAllah..kena caria n senyum selalu..


Sambung Baca...Apa Nak Jadi dah

Monday, November 15, 2010

Qurban



Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokaatuh...

Mode:
1. Malas nak kerja 2. Bila nak balik ni 3. Esok aku nak keje ke tak ek? 4. Bosan nyer kat opis ni..huhu

aduh...mood kerja aku masih belum datang lagi.sebab baru je abis kursus 5 hari. Suasana kerja ditempat baru masih belom dapat membuatkan jiwa aku meronta-ronta untuk datang kerja walau pon hari ni aku datang kerja awal!!!7.30pagi dah aku terpacak kat sini..entah..tetiba rajin pulak aku gi opis awal..he...



beberapa hari je lagi nak hadirnya Hari Raya Qurban. bagi mereka2 yang menjadi tetamu Allah,acara kemuncak makin tiba.bagi aku yang masih disini yang entah bila nak daftar pegi haji pun tak tau la.adik aku yang dah gi daftar menyatakan, kalau daftar sekarang,kena tunggu lebih kurang 20 tahun lagi untuk pegi haji menerusi Tabung Haji.Lama sangatkan...tapi pada aku,nak ke Tanah Suci dan menjadi Tetamu Allah ni, Dia yang menentukan. Kalau duit banyak menimbun pun,kalau Dia tak bukak kan pintu hati dan pintu hati kita nak kesana.maka tak pergilah jawapnye.

InsyaAllah,kalau ade kemampuan memang nak pegi diusia yang muda ni walau pon kadang-kadang naik tangga sikit aku dah rasa mengah cam usia 50tahun!!huhuh..Alhamdulillah,member aku incik Akramin dah pon menjadi tetamu Allah disana pada usia sebaya aku.syuukkuurr...

MOga diHAri Raya Idiladha kali ini,seluruh umat Islam memahami pengertian Qurban yang sangat besat ni.camne nak tau pengertian qurban yang sebenar??????korang bukak la TV ke,Internet ke n ceramah-ceramah ke..banyak kali ustaz n ustazah cakap pasal benda ni.samada kita nak ikut n paham atau wat2 tak paham.sindiri mau ingat lah...

Layan lah gambar-gambar Qurban kat opis aku tahun lepas.tahun ni,tak ade wat rasanya..huhuhu...layannzz....






Sambung Baca...Qurban

Wednesday, November 3, 2010

~November 2010~





warga INTENGAH yang dasyat kau....



Salam...

Huh..lama betul tak mencoret sepatah dua kata dalam blog ku yang tak seberapa ni..ahaks..nak kata busy bekerja,tak da lah sangat..nak kata busy bersosial dengan kawan2,setakat pegi uotown dan main boling tu...xde la busy mana pon..hahahah...ye..sebab kekeringan idea dan kemalasan tahap cipan la aku tak update apa2 dalam ini blog..huhuhu






hermmm...hari ni dah masuk 3/11/2010...isshh...sekejap je nak masuk 2011..risau sesangat nak masuk 2011 ni sebab umur ku bakal meningkat!!adooii..ape cer ni!!tapi paling utama,bulan oktober n november 2010 ni,banyak "benda" yang berlaku kat aku lah..macam2 hal...pasal kerja,psal hidup perobadi dan lain-lain yang tidak mampu aku rungkaikan satu persatu..ahaks..

Pada hari ini dimana aku mencatat sesuatu di blog ni,aku dah masuk 3 hari bekerja ditempat baru kau...adooii...(tetiba plak teringat tempat lama)...walau tempat ni aku pernah bekrja 3 tahun yang lepas. Tapi tetap rasa kehilangan kawan2 lama di tempat lama.pilu siot teringat kawan2 kat sana. Makan sama2...ngumpat sama2..borak sama2..naik keta sama2..kerja sama2..main sukan sama2. lebih kurang 3 tahun wat benda tu sama2...serius.terasa sangat hati dan perassan ni sedih kau.kenangan yang susah untuk dilupakan lah...hermm...setiap pertemuan perlu ade perpisahan kan...

macam yang dimaklumkan tadi,bulan oktober n november ni macam2 yang perlu aku "tukar".mula2 kena tukar bateri kereta yang "kong" setelah 4 tahun aku gunakan.pastu kena tukar tayar keta,tukar sport rim moto yang konon bengkok oleh bebanan berat badan aku yang terlebih berat, kena servis kereta, kena tukar opis baru.ishh...macam2 lah kena tuka.dan yang paling penting dan utama, kena tukar jumlah umur aku.warrgghhh...makin bserusia kau.cuma sekarang ni, tgh tunggu masa untuk tukar status bujang kepada berkahwin je.wakakkaa..

kiranya,leh tahan berserabut lah minda ku ini.hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa perit minda ini memikirkan ape yang berlaku.hooooooooooooo..benda dah berlaku,biar lah berlalukan..tak yah dipikirin lagi..insyAllah.Allah membantu setiap manusia yang dalam keserabutan cam aku..hehehe..

untuk entry kali ini,nak share sikit kenangan2 aku wif my friendzz di tempat lama...untuk korang semua..TQ soo much untuk ape sahaja ye..sweet memoriezz..huhu.layaaaannn..

kak leha n izzat..leh aku kategori sbg my best friendzz la..huhuhu



kak farah..pandai masak ni..hehehe


ely...bahaya minah ni...rahsia aku banyak dia tahu...hehehhe




izzat..selalu gak menceriakan hidup aku..hehehe...(jgn lah berahsia sgt pasal tuuuuttt)..



Sambung Baca...~November 2010~

Tuesday, September 7, 2010



Alhamdulillah...BUlan Ramadhan 1431 telah dapat diharungi sehingga ke titisan terawih yang terakhir(walaupon aku tak penuh pun terawih..huhu)...walau pon begitu,harapan dan doa kepada Allah tetap terus dipanjatkan bagi membantu aku meneruskan hidup ini...amiin...




Salam Aidilfitri untuk diriku,mak,ayah,keluarga,sahabat handai dan semua umat Islam diselruh dunia...MOga aidilfitri kali ini akan memberikan sejuta makna dan berbillion2 kemaafan antara sesama insan..

Maaf telah ku pinta kepada kawan2 di ofis ni..setakat ni,alhamdulillah..semua memaafkan aku...hehehhe...tq3...setelah segala kesalahan aku dimaafkan,maka adalah wajar aku pon memaafkan semua kesalahan orang lain kat aku...insyaAllah...

tiada apa nak diperkatakan lagi sebab mood raya lah wei...



SALAM AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


Sambung Baca...

Friday, August 13, 2010

Salam Ramdhon 1431H


Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Dikesempatan ni...nak ku ucapkan salam Ramadhan 1431 H untuk semua mereka yang sentiasa menantikan kehadiran Ramadhan setiap tahun...heee

MOga Ramadhan kali ini, membawa kita kepada kebahagian dunia & akhirat..InsyaAllah....

p/s:Raya dijangka pada 10 September 2010(JUmaat)..hehehehe
Sambung Baca...Salam Ramdhon 1431H

Monday, July 12, 2010

Jom Kenal "Member" Bangsat!!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Wow..World Cup 2010..Belanda 0 vs Sepanyol 1.. menang Sepanyol ni..walau lama betul nak tengok bola tu masuk gawang gol..sampai tertidur-tidur ayam aku dibuatnya..bola punya pasal(walau aku xreti main bola.he10x)..ku layan gak la..kira puashati gak la tengok diorang main(pandai ke aku menilai??)..tak sia-sia aku berjaga sampai pagi dan upgrade astro kat umah ku itu..hehehehe..ok!!!WC habis sudah.so,aku kena pikir untuk tukar channel sports tu kepada channel lain plak!!wakakakka...;)

Ha,entry kali ni,bukan bebenornya nak citer pasal WC.tapi ada 1 info yang nak ku kongsi dengan sesiapa je yang "tetiba" terbaca blog ku ini..sebab bila tengok blog ku yang memang tak seberapa ni,tak de pulak "ilmu" yang munafaat ku share kat sini.so,kali ni,ada benda yang InsyaAllah ada gak munafaat nye..info ni,pernah ku cetak dan edar mase zaman ku belajar dulu.masa tu duk bawah biro publisiti persatuan yang kunun aku aktif lah..bila teringat masa zaman tu,leh wat aku tersenyum kambing sorang-sorang lah!!wakakaka...lawak tul

"tuan2 dan puan2..tanpa membuang masa(kenapa suke buang masa??..;p)..diperkenalkan.. .I.B.L.I.S... IBLIIISSSS laknatullah ..(sila baca dgn intonasi seorang MC yang gedik)





Nama :- Iblis Laknatullah

Tempat Kelahiran :- Bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status Diri :- Fasik kelas pertama

Agama :- Kufur

Tempat Tinggal Di Dunia :- Hati-hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal Di Akhirat:- Neraka jahanam

Kawasan :- Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha mengingati
Allah

Arah Perjalanan :- Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di Dunia :- Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati
Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum Kerabat :- Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal Pusingan :- Angan-angan kosong

Tempat Pertemuan :- Pasar-pasar

Musuh Ketat :- Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto Kerja :- "Hipokrasi asas akhlak"

Kesukaannya :- Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan
menyesatkannya.

Cita-Cita :- Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :- Bila orang membaca istighfar

Lambang :- Sebarang tatu

Pejabat Operasi :- Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta
tempat-tempat maksiat.

Rakan Kongsi :- Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan
jin dan manusia.

Sumber Pendapatan :- Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis Perkhidmatan :- Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan
kederhakaan terhadap Allah.

Tempoh Perkhidmatan :- Sehingga hari kiamat

Matlamat Perjalanan :- Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam

Teman Sejawat :- Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan
kebenaran.

Ganjaran Berkomunikasi Dengan :- Orang yang suka mengumpat, mencaci,
memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Makanan Kegemaran :- Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti :- Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Yang Dibenci :- Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat Perangkap :- Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan
sebagainya.

Saat Ajal :- Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari
kiamat kelak.

Tugas Yang Paling Disukai :- Homosex dan Lesbian

Janji-Janji :- Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang Membuatnya Menangis :- Bila orang sujud kepada Allah


ha..kenal dah kan "member" yang sentiasa kat kita hari-hari..mintak jauh supaya kita tak jadi member kamcing iblis ni..walau "member" ni sentiasa menghasut kita "buat benda2 yang seronok"..tapi "seronok" yang "member" ni cipta, Allah & Rasul larang.

"Sampaikan lah walau seayat frndzzz"

iblis laknatkatakan tidak!!!!

Sambung Baca...Jom Kenal "Member" Bangsat!!!!

Tuesday, June 15, 2010

Kelantan Punye Stori + Kawin

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Ya Ampun...lama betul tidak ku menyatakan sesuatu yang indah(indah ke..??) dalam blog yang tak seberapa ni..huhu...sengal sesangat..sebelum kenal fungsi blog ni,perrgghh...beriya-riya nak ada blog. Tapi bila dah ada, malas xhengat nak taip walau sebaris ayat kat blog ni. Itu kira bila tahap kemalasan dah naik kekepala sepertimana kemalasan nak buat kerja kat opis lah..hehehe.

Walau idea dan kemalasan masih mencengkam jiwa dan sanubari,tetap digagahkan jugak untuk sisipkan cerita ni..stori mori masa aku jalan-jalan kot...kat negeri kelantan yang mengambil masa hampir sepurnama untuk dijalankan..Mula 12.30am 11 Jun samapai 2.30am 14 Jun punya stori..let gone!! Berbekalkan sebuah kereta yang agak hebat hasil kepadatan idea yang menghasilkan Gen 2 1.3 beralunkan kepakaran kejuruteraabn Lotus, perjalanan dimulakan. Ini bukan kali pertama kejuruteraan Lotus aku mencengkam jalanraya ke kelantan, "tapi ini dah masuk 2 kali"(sila baca dgn intonasi citer P.Ramlee)..haiyookk...walau dah merasa tahap kepenatan & kejauhan tahap cipan tua, gagahkan jugak walau badan aku ni memang tak layak dikategorikan sebagai gagah..hehehe...My Best Friend Wedding punya hal, proceed je...he...

Perjalanan mula pukul 12.30 pagi..aku dah dapat bayangkan apa yang bakal terjadi..1st, aku bakal memandu "keseorangan" walaupun aku dah "import" assistant driver. 2nd, tahap keberhentian di stesyen-stesyen minyak(bukan nak isi minyak) tapi bagi melelapkan mata sebentar cuma akan berada pada tahap tertinggi. 3rd, aku bakal memandu dalam keadaan kesunyian pagi sambil diteman hening bunyi aircond kereta aku yang agak kuat berbunyi itu..
hah!!memang betul semua jangkaan aku tu.. Assistant driver yang "dibayar" agak tinggi nilainya gagal bertahan & hanya menzahirkan kehadiranya disebelah aku lebih kurang jam 2.30-3.00 pagi sajo...tak boleh tido lewat2 katanya...leh caya ke tu??hahahaha....

Di kelantan ni,arah tujuan yang dah disetkan adalah ke Kok Lanas sahaja!!hanya datang bagi menzahirkan tahniah kepada best prend aku yang kawin dengan orang melaka dan merangkap kengkawan masa studi dulu serta bagi membantu lah sangat my friendzz shoot sepanjang majlis kawin mr H@za itu. walau matlamatnya hanya sekitar shoot gambar orang kawin,tapi bagi tidak menghampakan impian & harapan seorang sahabat yang dikatakan belom puas menikmati keindahan negeri cik siti wan kembang ni, panjanglah ceritanya ni..bukan sahaja kasi ronda 1 kelantan, tidak lupa juga ronda sekitar Kuala Terengganu untuk menikmati panorama MAsjid Kristal yang masih belum dijejaki oleh sahabat aku ni...

Tak cukup Kuala Terengganu, sepanjang pantai terengganu sampai ke cherating dijelajahi jua bagi memuaskan hati ku sendiri dan permintaan yang tidak terkira terharunya dari assistant pilot aku.(tapi aku jadi assistant pulak bila time shoot)..hehehe...harap sepanjang ala-ala percutian ke kelantan, terengganu ni dapat memenuhi permintaan hati mu wahai sahabat ku...hehehe...dan yang paling best, makan semua sponsor beb...
Apa-apa pun, sepanjang 3 hari ni amat gumbira ku rasakan. Selain dapat melihat sendiri keghairahan sahabat baik aku, haz@ mendirikan rumah tangga disamping layanan bak saudara sendiri oleh keluarga pengantin, dapat juga kembali menggamit memori indah yang pernah aku lalui semasa cuti-cuti ke East Cost seperti entryyang lalu..he...syukur...jomlah layan gambar-gambar yang sempat di shoot..yahoooo....


Melaka-Rumah Pengantin Perempuan............................

wif my x-roomate mase study dulu...hehehhee...akramin...;)
xde dah kopiah...dulu kopiah memanjang...hehehhe



ha...geng2 yang sempat menghadirkan diri....

majlis di Melaka selesai sudah...balik utk malam pertama daa....;p



Kelantan - Rumah Pengantin Lelaki

haza & azie....moga bahagia akhir hayat korang...



gaya bebas pengantin & family yang sempoi...kihkihkih...
sungguh stylo gaya bebas bapa pengantin lelaki lah!!!


haza..haza...ingatkan, aku yg kawin dulu...tapi kau mendahului aku ye...hahahahaha..



wah...kamaruzaman @ chirap(cuba teka chirap stand 4 wat??hahaha) dtg dgn awekzz tu...tahniah la bro...hehehhe


tu la...mase kecik2 xde sgt benda buih ni...
kan dh besar mengidam main belon buih ni...;p




hahahaha...kami pon xnak kalah posing pd pengantin...


nasib baik la aku ni gemuk...klu kurus,mmg kerjaya aku adalah model lah...fuuhh...
TQ kat kameraman lah!!!....;p


dah banyak kali gi sini...tapi demi melayan permintaan kawan yang xpernah sampai...ku layan gak kat cni...hehe


hehehe..mekasih banyak2 kepada potograper sepanjang xtvt berjalan ye..
nice pose la bro..sweet...;p

Sambung Baca...Kelantan Punye Stori + Kawin

Tuesday, May 18, 2010

Muhasabah Cinta-Jom Sesama...

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Jom...sekali lagi nak layan lagu yang sangat best untuk didengar...dan sekali lagi,lagu2 yang diriku minat ni,jarang dan kadang2 tarak pon dengar kat radio dan Tv..adoii...apa kejadah semuanya ini....

HUhuhu...apapun,layanlah lagu ini ye...lama dah cari2 lagu ini..akhirnya!!!!TQ kepada my friendzz kerana menjumpai lagu ini secara tiba2..tiba2??ahaks...TQ mr 1774T!!!





Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sambung Baca...Muhasabah Cinta-Jom Sesama...

Saturday, May 15, 2010

Lagu Baru

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Disebabkan tiada entry apa-apa kat blog ni,meh la aku buh sikit liriklagu ni..sedap wooo lagu ni..dah menjadi lagu "rasmi" yang aku nyanyikan/merepek ketika sedang aku berjalan,mandi,berangan dan sebagainya lah..

tapi yang aku pelik,lagu2 yang jadi febret aku ni,semuanya tarak kuar pon dalam radio n tv samada rtm or tv swasta...pelik tul la..ke,aku yang pelik??hahahha...lantaklah...ade aku kesah???hehehe..sila la baca n nyanyikan lagu ni walaupon anda rasa suara nada sungguh tak sedap!!!!...

Lihat matamu
memancarkan anugrah yang indah
Penuh Kasih sayang sejatimu
Genggam tanganmu
Hapuskan sisa air matamu
Agar terlelap cinta dan kasihmu


Biar ku lewati waktu
Tak letih ku mengingatkanmu
harapkan cintamu dan cintaku menyatu



Cinta Kasih di hatiku
Tak usah kau ragu padaku
Selalu kuingat dengan indah
Warna-warni di benakku


Ada bayangmu ada bayanganmu
Disetiap mimpiku yang indah
Bayanganmu selalu datang
Ada bayangmu ada bayanganmu
Disetiap mimpiku yang indah
Bayanganmu selalu datang




Sambung Baca...Lagu Baru

Monday, April 26, 2010

aPa Nak DikaTa

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..


errrghhhh...(mengeliat)...lama aku tak update blog yang tak seberapa ni..huhu...ada benda nak aku coretkan kat sini,tapi malasnya nak taip panjang-panjang kan...hehehhe

beberapa minggu, or bulan ni..mood aku ada naik...ada turun..ada baik...ada kureeng baik...ngeh3...biasa la..manusia namanya..wakaaka

apapun,kena lah hepy selalukan..amiin..

;=)
Sambung Baca...aPa Nak DikaTa

Monday, April 12, 2010

Suara Rindu-Azad Jazmin

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Joom layan lagu best..walau dah lama aku cari lagu ni..akhirnya jumpa..



Suara Rindu

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Sambung Baca...Suara Rindu-Azad Jazmin

Wednesday, March 31, 2010

Hooi...Sabo je la

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

wakkaakak...agak kesat tajuk entry entry aku kali ni..he...hari ini,aku dikejutkan dengan satu kenyataan dari seorang manusia yang banyak menyimpan rahsia aku..(ngeh3..)..kenyataan yang membuat aku terkejut beruk ala-ala teruja tahap gaban..hahaha...dia yang aku kenal sebagai seorang manusia yang cukup "cemerlang"-cmerlang ke??!!...boleh menzahir dan meluahkan perkataan sebegitu..huhu..

bila difikir secara mendalam..yupp...ada kebenaran kata-kata beliau(manusia ke beliau??..hentam je la)..kadang-kadang bila kita simpan dan pendam lama-lama.dan bila kita ada peluang untuk keluarkan,ha,ambik ko...memang tak boleh nak dijangka...huhu..walau itu bukanlah tindakan yang terbaik dan dituntut oleh agama..manusia..kadang-kadang termakan jua hasutan nafsu amarah..

"asyik kita je jaga hati dan perasaan orang lain.orang tu tak pernah pun amik tau perasaan kita ni"..hahahaha....sabarlah my frendzzz...itukan warna-warni dalam kehidupan..

TAPI ingat,pesan yang telah aku sampaikan kepada mu wahai my frendzz...maafkan segera..biarlah kita beralah..ingatkan saat-saat manis..dan yang akhir,mungkin itu balasan yang Tuhan nak uji kepada kita,yang mungkin kita ada buat pada orang lain kot...he...

apapun,aku sentiasa menyokong mu my frenddzz...insyaAllah...

Sambung Baca...Hooi...Sabo je la

Friday, March 26, 2010

Letih+PeNat+Risau

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

minggu yang paling memenatkan..
hari ni adalah hari akhirnya..
akhirnya!!!
odit akan berakhir..
bukan berakhir untuk selamanya..
huhuuhu..

penat..letih..zahir dan batin(ngeh3..)
pada Allah jua aku mohon perlindungan dan harapan..
Dia-lah tempat aku berharapan..
moga doa dan harapan aku sentiasa didengar oleh-Nya..
Dia-lah tempat aku mengadu..

Amiin..Ya Rob Bal a'lamin..

;-)
Sambung Baca...Letih+PeNat+Risau

Thursday, March 18, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Ballon 2010



Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Fuh...teruja sangat nak gi diz fiesta la...tahun lepas cuma dapat tahu pasal benda alah ni pun selepas penganjuranya..So,insyaAllah minggu ni nak pergi. Plan yang agak extrem,pergi dari pagi sampai malam..Ahad 21 Mac 2010!!..haiyook...kang ada yang cuti emergency plak hari Isnin sebab kepenatanlah konon..wakakakka...watch out!!!

Jom melepak ke Putrajaya!!!..
Sambung Baca...2nd Putrajaya International Hot Air Ballon 2010

Friday, March 5, 2010

East Coast Punyer Shoot!!!


Marilah layan sikit gambar-gambar menarik yang sempat aku shoot..perjalanan yang syiiookkk dari Kuala Lumpur-Kelantan-Terengganu-Pahang-Kuala Lumpur.

Perjalanan merentasi 4 buah negeri di Pantai Timur ni,aku dan member-member kamcing aku haza,zaleman dan kamaruzzaman.Dengan berbekalkan my beloved Gen.2,kami ronda dalam masa 2 hari tau..haiyookk...jimat jenjalan ramai-ramai ni..RM150 seorang siap makan,minum,minyak,chalet lagi..

jom layan....















haiyook..betul ke apa yang aku buat ni..tetiba je..
;P

Sambung Baca...East Coast Punyer Shoot!!!

Thursday, March 4, 2010

Teman Biasa - Aiman

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Marilah layan lagu ni..adoii..sedap bangat dengar lagu ni..walau tiada kaitan dengan aku bercinta ke apa,ok.cuma sedap didengar lagu ni lah...layan la...haiyook..

Teman Biasa

Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata

Chorus :

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku

La la la la la la la

Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan

kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima

Chorus 2:

Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara

Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah

Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori

Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku


Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan

La la la la la

Sambung Baca...Teman Biasa - Aiman

Tuesday, March 2, 2010

Siapa Nak Jadi Sahabat Saya!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..


ha..siapa nak jadi sahabat aku!!angkatlah tangan..plzzz...(dgn muke sedih..)..

aku dah ada sahabat ke belom ye..adooiii..susah nak jawap lah...



Sambung Baca...Siapa Nak Jadi Sahabat Saya!!!

Sunday, February 21, 2010

Hati Tertinggal di BaNdung..!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..


Lama tak buka blog ni.Update apa-apa yang patut.huhuhu.BUkan tak nak update,tapi tak ada apa yang nak di update kan..kih3..hidup diteruskan macam biasa aje.tak ada cerita-cerita menarik yang boleh di ceritakan di kedai kopi ku ini.hehehheee...


Tapi,28 Januari 2010 hingga 2 Februari 2010 yang lalu,aku diberikan rezki dan peluang yang entah bila akan datang lagi untuk "Jalan-Jalan,Cari Aweks Sunda" di Bandung Indonesia..hehehe...

Hahahaha...plan nak gi Bandung ni dah lama dirancangkan.tiket lebih kurang bulan 9-10 tahun 2009 dah aku booking.harga pun murah kot tiket tu.tapi yang menariknya, aku booking tiket 2(untuk aku dan izzat),tapi harga tiket aku lebih murah dari harga tiket izzat yang aku booking dan beli pada masa dan waktu yang sama.huhuhu...tiket izzat,promosinya dah abis daa..tu yang mahal sikit dari harga aku nya.nasib ko la izzat.ngeh3..

Bila sampai waktu dan ketikanya,aku, izzat dan kak ngah(opismate-seterusnya pencetus program ni) berserta anak beranak dan sedara kak ngah bersedia untuk berangkat ke bandung..!!!

Cuba lah layan gambar-gambar menarik yang sempat aku kongsikan dari persepsi "2 kepala".-aku n izzat..(gambar ko izzat yang paling banyak!!)


Kota Bandung yang sentiasa sesak..



mee kocok..mungkin sesedap namanya..ahaks


kat Tangkuban Perahu..sejuk tempatnya


yummy..aiskrim durian selepas shopin daa..


menikmati pizza citarasa indon..


posing je..singgah nye tak..hehehe


Padang stail..umang aii..


sori la bro..walau ko tak izinkan..nak bubuh gak..


ehh..dah habis ke..ngeh3..ada lagi nak upload gambar lagi..nanti2 la..ada masa upload lagi..wow..siri 2 kot..

Sambung Baca...Hati Tertinggal di BaNdung..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...