Tuesday, July 5, 2011

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu

Jom lah layan lagu ala2 nasyeed ni...sedap telinga ku mndengarnya...cam selalu..lagu yg aku jatuh hati mesti xkuar kat corong radio..he3...adioss..


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


Sambung Baca...Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu

Wednesday, June 22, 2011

Bahtera Nabi Nuh A.S Punyer Replika...??


Bahtera Nabi Nuh kerr??


Di kisahkan mengenai seorang Belanda, Johan Huibers, yang telah membangunkan replika perahu Nabi Nuh a.s. yang sudah ditemukan tersebut berdasarkan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Kitab Al-Quran mempunyai satu surah khusus mengenai kisah Nabi Nuh iaitu Surah Nuh yang mengandungi 28 ayat.

Manakala di dalam surah Hud ayat 40 – 41 pula ditemui ayat berikut:


“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Terbayanglah bagaimana dahulu gelombang banjir yang sangat besar dan menakutkan dan umat Nabi Nuh dengan ratusan pasang binatang berada didalamnya: zirafa, gajah, singa, buaya, zebra, bison dan lain-lain.

Dan banjir besar itu datang lagi di zaman - kini dengan namanya Tsunami. Apakah "bahtera" itu simbolik kepada ajaran-ajaran yang telah diturunkannya kepada kita, maka lantas dengannya kita dapati semasa tsunami berlaku, maka terdengar kisah masjid-masjid masih berdiri kukoh tidak terhentam oleh gelombang tsunami tersebut? Wallahu 'alam.

















Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], “Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini”.



Sambung Baca...Bahtera Nabi Nuh A.S Punyer Replika...??

Thursday, May 19, 2011

Masuk Syurga ke Masuk Neraka ek??





Assalamualaikum...
fuh..lama betul tak update blog ni..walau masa kat opis ni sangat lah banyak.tapi sangat berat tangan ni nak menaip walau sepatah dua perkataan.he3..dah berbulan2 tak hupdate kat blog ni,macam2 benda nak aku luahankan kat diari elektronik aku ni..ada yang melibatkan diri aku sendiri..kawan-kawan..orang sekeliling dan tempat keroje..adeeh..suka..duka..semua ada..

selagi kita bernafas kat dunia ni,macam2 hal yang kena dilalui.kalau dah meninggal, dunia kat kubur tu plak..yang kat kubur tu blom tentu lg ntah lepas ke tak.ntahh tiap2 hari kena belasah kat dlm sana..masyaAllah.tu belum citer kat padang mahsyar.mencari2 panduan di padang mahsyar yang makan beribu tahun.hanyut kalau xde amal soleh dibawak ke sana..subhanaallah...panjang lagi "kehidupan" kita sbg manusia ni kan...so???tau dah ade hari pembalasan.tapi perangai masih macam hareem.

dengan umo aku yang menjangkau 30tahum pada 2012 nnti,bape la berat amal aku kan?boleh ke aku masuk syurga kalau ditakdirkan aku mati esok hari??huhuhu...tu la dia aku ni.tau ade syurga n neraka.tp dosa bnyak gak buat..manusia..manusia...kena usaha untuk jadi orang baik ni!!!


p/s...wahai Tuhan...aku tak layak masuk ke syurga Mu..namun tak upaya ku menghadapi api neraka Mu...

Sambung Baca...Masuk Syurga ke Masuk Neraka ek??

Thursday, March 17, 2011

Siapalah Aku



As Salam...
Fuuhh...lame betul tak hupdate blog ni..banyak benda yang nak dan boleh dishare kat sini.walaupon tiap-tiap hari aku online,masa untuk menghupdate blog ni tetap aku biarkan masa berlalu sebab malas nak menaip setiap bait kata2..hehehe..

bagi mengelakkan blog ni terus menjadi sesawang yang amat dilupakan oleh diri aku yang hemsem ni..ni kasi update sikit la...jom kita berpuisi nak??he3...layan je la puisi ni yang entah dari mana aku dapat pun aku dah lupe..pastu aku edit sikit2 mana yang perlu la...u allz....jom layanz....:)


Tatkala persahabatan itu diuji…


Kau…aku…
Kita saling terluka…

Aku tahu juga kau sedang di uji;
Aku juga mahu kau tahu..
Aku juga sedang di uji…
Dan persahabatan ini juga teruji..
Tapi kita harus tahu…
Setiap ujian itu punya hikmahnya…
Tiada ujian melainkan bila ada kekuatan…
Kerana Dia tahu kita sebenarnya punya kesanggupan…

Sahabat…
Aku rinduuu…
Saat kita bersama..
Kita berkongsi segala-galanya…
Kita ketawa dan menangis bersama..
Tapi…sahabat…
Mengapa itu tidak kedengaran lagi?
Mengapa itu tidak terjadi lagi?

Sesungguhnya…
Persahabatan yang dimulai dengan kalimah..
La ilahailallah..
Akan hebat ujiannya..
Ketahuilah sahabatku…kita sedang diuji…
Dia mahu menguji cinta kita padaNya…
Dengan menguji persahabatan ini…

Tatkala persahabatan itu diuji..
Ya Allah…sakitnya…pedihnya..
Andai engkau mampu menyaksikan…
Remuknya perasaan ini…
Hati aku menangis…mungkin tidak dapat aku zahirkan..
Kerana aku manusia keras..
Aku mungkin bersalah…tapi entah..
Mungkin maaf itu sukar untuk kau ungkapkan
Mungkin kerana aku terlalu menyakiti engaku…

aku mahu kita kembali seperti dulu…

Sahabat…waktu kian senja…
Aku bimbang…waktu yang getir ini…
Aku tak sempat untuk bersama kau lagi…
Kerana kita saling tahu…
panggilanNya kian hampir..
dan datang tanpa tanda..

aku tahu…
aku punya banyak kelemahan..
kau juga begitu…
kerana itu bukti kita hamba..

namun, aku mahu kau tahu…
apapun kekurangan engkau..
engkaulah sahabat terbaik…
mungkin tak akan aku jumpai lagi ganti kau selepas ini…
mungkin kau pernah atau engkau akan menemui..
sahabat yang lebih baik dariku..
kerana engkau lebih baik…dan..
aku tahu.aku ada kelemahan dan kekurangan sendiri.
aku manusia yang tak layak bersahabat dengan kau..

sahabat…mengapa?
Kita perlu terus begini?
Benar…sayang dan cinta itu diuji…
Bukan disaat lautan tenang…
Tetapi tika ia sedang hebat bergelora…

Sahabat…jangan kita kalah!
Ujian itu datang bukan untuk kita kalah…
Ujian itu petanda kita hampir menang…

Mungkin kau perlukan masa…
Aku juga begitu…
Tapi sampai bila…
Ajal itu datang tanpa tanda..
Aku tak tahu mungkin aku..atau
mungkin juga engkau yang akan pergi dulu
aku tak mahu kita tunggu…

di saat ini…aku begitu merindukan…
waktu yang dijanjikanNya…
waktu dimana tiada lagi duka…
waktu hanya tawamu yang kudengar…
tiada lagi tangisanmu yang meluluhkan hati ini…
tiada lagi perselisihan…
yang ada hanya kebahagiaan kekal..
itulah Jannatul Firdaus…


tatkala kau dan aku diuji…
aku tetap mahu kau tahu…
Dia sedang mendengar rintihan kita…
Dia menghitung setiap kerasnya hati kau..
Mungkin selama ini hati kita ketandusan cinta dariNya..
Dia mahu kita kembali mencariNya..
Menghidupkan hati yang gersang iman ini…
Kerana Dia mahu kita bertemuNya di Jannatul Firdaus..
Berbahagia di sana..

Oleh itu sahabat…rintihkan…
Sampaikanlah…adukan halmu kepada Dia..
Dia akan memeluk hatiMu…
Yang duka itu..

Perjalanan masih jauh…
Andai engkau tidak menemukan aku lagi..
Dihadapanmu…
Ketahuilah…aku masih disini…
Di tempat kau tinggalkan aku..
Kerana aku akan sentiasa
Setia menanti engkau…

sekian...untuk ingatan diri aku...dan yang lain-lain...
wassalam
...:)


Sambung Baca...Siapalah Aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...