Monday, January 11, 2010

Cerita 2009 siri 1


Hari ni,dah masuk 11 hari 2010 menjengah kehidupan aku sebagai seorang manusia yang bakal mencecah usia ketuaan ke-28 pada 12.10.2010 nanti..ngeh3..umur dah naik tinggi tahap gaban(eh,lama tak tengok cerita gaban ar.naga gaban.!!).Tapi kadang2 kekdah kelakuan aku tak pula menunjuk tahap tertinggi akhlak seorang bergelar insan.wah..ayat skema.blah la..kadang2 kerja yang aku buat kat opis pun belum mencapai tahap tertinggi karma dewi bulan bintang di puncak tinggi awan dania siri 2. Kerja aku masih ala-ala lembap giler lagi.Perggh...pemalas betul lah aku ni.huhuhuhu...

Walaupun 2009 dah berlalu,aku tetap yakin dan percaya yang tahun tersebut membawa macam2 cerita suka dan duka dalam diari hidup aku.wakaka..kalau lah aku kira2 365 hari punya cerita, belum masuk aku dah berapa galen oksigen aku sedut untuk di buat cerita.(tetiba Omar datang jumpa bagitau,moto aku dia nak pinjam lagi.sengal lah ko omar).Bukan apa,fest time ni main blog2 ni.hahaha..teruja pulak.

Nak sangat aku dengan rela hati yang suci dan tulus ni,kenang kembali peristiwa2 gemilang dan terbilang yang mewarnai rona-rona hidup aku untuk menjadi ingatan apabila aku lupa disuatu ketika nanti.Tapi bila difikir2 secara mendalam macam bajak korek tanah di depan opis aku sebab paip bocor,akan aku cuba ingatkan kembali ape yang berlaku tahun 2009. Akan aku buat jugak sampai jadi.Sekurang-kurangnya adalah gak aktiviti riadah yang akan menyebabkan aku berpeluh dan membakar lemak aku yang dah berkati-kati aku rasa(eh..duk depan PC je leh ke pecah lemak??~~).

Berdasarkan kepada cita2 dan planning aku ni,malam2 hari dan hari minggu aku tidak akan aku sia2kan sahaja dengan melyan FB dan YM sahaja.hahahaha(angkuh sekali).
Tunggu je lah..;).Tapi,sebagai permulaan bagi kerja2 yang murni(murni ke),aku mulakan stori 2009 yang bagus bangat untuk ingatan aku lah.Busu aku berjaya melahirkan baby boy yang membawa kepada pertambahan sepupu aku kepada 6 orang dan rekod ni telah mengalahkan jumlah adik beradik aku yang 5 orang.wakakka..layanlah..


hahaha..comel mcm aku lah..




Sambung Baca...Cerita 2009 siri 1

Thursday, January 7, 2010

Minggu Yang Meletihkan

Salam.

Alhamdulillah..masih diberi kenikmatan hidup dan iman. Bukan semua orang boleh dapat 2 nikmat ini, walau iman aku ini kadang turun dan kadang turun..Subhanallah.Tapi tetap bersyukur..Moga Engkau Ya Allah terus memberi nikmat ini kepada aku selama-lamanya.Amiiin.

Ha,minggu ini Ya Robbi.Banyak kali aku berjalan @ membuat kerja2 sepanjang hari berkerja selain kerja2 hakiki aku.adoi..Aku ini bukan boleh sangat jalan lelama,kaki cepat sakit bak kata izzat yang selalu sangat seolah-olah bersimpati dengan aku dengan sentiasa bertanya, "ok ke lagi..?. Chiiss..Tapi memang tidak larat pon. Almaklumlah,SEHAT kaan..hihi..

Selain sentiasa ke hulu dan ke hilir minggu ini, RAHSIA besar aku hendak bercuti sambil menghabiskan sisa-sisa usia yang semakin tuo ini telah diketahui oleh ramai bebudak ofis.Mulalah yang nak pesan itu ini. Belum lagi yang perli-perli tahap kejiwaan yang melampui pemikiran kematangan seorang insan bernama manusia.addoii..Cepat bebenor cerita tersebar.huhu..Tak pe lah,rezki kitaorang dapat kesana walau pon ramai umat di ofis itu ramai dah samapi sana. Ahaks.

Sambil aku berfikir-fikir sambil menaip entery di atas,aku tetiba sahaja hendak letak beberapa pix untuk tatapan dan kenangan aku sendiri lah bersama member2 yang amat rajin aku jumpai apabila tahap kebosanan aku mencapai tahap yang cukup membimbangkan.Layanlah..


yeah..leman n nazim mencari jodoh di atas menu yg disediakan



eh..mr. tenpayaki?bukan station kopitiam ke??


penat setelah abis makan

Sambung Baca...Minggu Yang Meletihkan

Monday, January 4, 2010

Kerja di Tahun 2010

New Year 2010 di Dataran Merdeka


salam..

4.1.2010!!hari pertama kerja di tahun baru..ahaks..tarak azam2 baru la.maleh nak buat azam2.azam yang jaga asrama di ofis aku itu je yang aku tau..hehehe...sori azam..hari pertama tahun baru ini banyak pula kerja2 last minute yang akudapat setelah sekian lama aku melalak dan menyenangkan diri dengan berjalan ke hulu dan ke hilir sepanjang akhir tahun 2009!!

tapi yang paling utama dan teruja selain semangat yang membara untuk menyiapkan kerja di ofis sambil diselang seli dengan menjengah ke bilik kak ngah dan izzat, planing bagai hendak rak untuk membuat pasport.pasport??kenapa perlu buat pasport kalau aku hanya hendak balik ke muar menjengah mak n ayah aku di kampung sebulan sekali..kenapa...?kenapa..??tidak..!!!!!!(eh..tetiba plak aku ni)..yeah!!28hb Jan ini,aku bakal memulakan minat dan hobi tahap tertinggi aku yang utama sekarang..ngeh3..hendak pergi ke Bandung..iya dong..mauk jalan2..melawat negara orang..yes..esok sudah minta bos untuk keluar sebentar sebab tugasan rasmi ini!!!(eh..gambar ukuran pasport tarak lah..adus..)

tengahari selepas bersungguh2 konon menyiapkan kerja2 di pejabat,lagi aku bersungguh2 untuk makan tengahari.ngeh3..izzat,jom makan!!dengan rasa tidak malu dan muka yang kelaparan tahap lapar, aku pergi makan di bahtera pemakanan yang biasa aku pergi dengan izzat yang boleh juga diibaratkan "syurga makanan".dalam proses mendapatkan kenikmatan dan kekenyangan,boleh pulak cerita azam aku hendak kahwin tahun 2012!!ahaks..dah tu,izzat pun sibuk nak kahwin dat year...cis..tunggu je lah 2012!!!insyaAllah..amiin...

dah..cukup..tarak idea lagi..out.
Sambung Baca...Kerja di Tahun 2010

Monday, December 28, 2009

Siapalah aku ni Kan~~




salam..
MENG ABAI KAN kesetiaan manusia
aku ke org tu?
mntak jauh la.InsyaAllah
klu kite bercinta-ade rasa nikmatnya
klu kite sayang family-ade rasa nikmatnya gak
klu kite bersahabat-tentu gak ade nikmat n kemanisanya
tp kalau sahabat kite sndiri
yg kita anggap mmg sahabat baik la wei
yg kite rasa bnyak manfaat dunia akhirat
kalau kite bersahabat dgn beliau
tp
nilai yg cuba kite terapkn
dlm persahabatan tu
hampess..xde nilai rupanya
aku rasa
terbaaeek aku cuba
aku rasa
selayak layanan aku bagi
tp
semua tu sia-sia
huhu
sedihnya aku
dh lah aku ni sensitiv..(wah)
tp
xpe..semua tu pengajaran
semua tu sandaran kekuatan aku..
caiyok..caiyok..
tp..(bape bnyak tp la..)
tetap syukur dgn ape yg aku ade..
tetap berharap kpd
kemanisan persahabatan
dunia & akhirat
InsyaAllah
Amiin Ya Robbal'alamin

~tamat~


Sambung Baca...Siapalah aku ni Kan~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...