Monday, February 15, 2010

Jauh di Sana..Sini...?

Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Cuti..cuti..cuti..kejap nya rasa bercuti..huhuhu..rabu dah masuk kerja pulak..berat betul nak masuk kerja bila tahap kemalasan dah sampai tahap cipan ni..

tapi,sekarang ni,aku masih di muo lagi..hahaha..balik kampung ni,dah pasti la menjenguk mak,ayah dan adik-adik yang jarang-jarang berjumpa dek kerana amanah dan tanggungjawab aku pada bangsa,agama dan negara di Kuala Lumpur tu..hehehe...gemilang ayat aku..InsyaAllah..

Kat kampung ni..adooii...slow ya amat broadband aku ni.tak selancar dan semaju kelajuannya di KL.tension n stress aku dibuatnya..walau slow gila baban, line kejap ada,kejap tarak..aku tetap gagahkan gak untuk on9 bagi diriku yang sememangnya sudah gagah ni..MasyaAllah..

Sambil-sambil aku menikmati tahap keselesaan yang amat tinggi bila berada di kampung dengan makanan akan siap terhidang bila sampai waktu, waktu tengahari dan malam,sempat juga aku membelek-belek 1 majalah yang dah menjadi rutin aku beli dan baca(walaupun jarang aku habis baca setiap siri)ahaks..

Dan...aku terjumpa satu rencana yang membicarakan "Gelora Iman Kala Usia Muda"..perghh..terkesima aku baca tajuk nya..selalu biasa aku terbaca "Gelora Nafsu Kala Usia Muda"..kaan..adakah aku akan membuat rumusan ke atas ape yang aku dah baca?owh..no..no..no..silap..kalau nak tahu intipatinya,kenalah baca sendiri setiap orang.barulah menusuk ke Qolbu beb..InsyaAllah..

Apa yang menarik tentang artikel ini sebab,ada dinyatakan satu hadith yang dah lama aku pernah baca,tapi terlupa bangat intipatinya yang betul..so,Allah beri peluang untuk aku baca dan hayati hadith ni..syuukuur..apa hadit nya..ha..ni dia..layan biar sampi ke hati ye..InsyaAllah..

Rasulullah bersabda yang bermaksud..."Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari kiamat yag tiada sebarang perlindungan melainkan lindungan rahmat-Nya ialah 1.pemerintah yang adil, 2.pemuda yang menggunakan masa mudanya dalam beribadah kepada Allah, 3.lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid, 4.dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah-mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, 5.lelaki yang digoda oleh wanita dan dia mengatakan"aku takutkan Allah", 6.seorang yang mmberi sedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya, 7.lelaki yang mengingati Allah berseorangan lalu mengalir airmata nya.(riwayatal-Bikhari dan Muslim).

MasyaAllah..hebat kalau aku boleh capai tahap macam dalam hadith ni..huhu...tapi..jauhnya aku Ya Allah...

Sambung Baca...Jauh di Sana..Sini...?

Monday, February 8, 2010

Suka + Cinta

cinta kepada Pencipta..tiada persoalan lah..


Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Hari ni,dah masuk hampir seminggu aku kembali ke tanah air setelah puas berabis duit di kota bandung..fuyooo...memang syurga membeli belah lah bandung.Walau banyak perkara menarik nak aku kongsikan di gerai cerita kedai kopi aku ni,tapi ia belum cukup kuat lagi untuk mengelak aku berbicara sebarang dua tentang Suka+Cinta..waah....gila la entry aku kali ni..ngeh3..

Bukan nye aku tengah hangat bercinta sekarang..tapi..ada benda yang buat aku tertarik nak berbicara pasal entry kali ni..sebab utama..adalah sorang member aku ni kata.."aku suka kat perempuan tu,tapi aku tak rasa cinta lagi..juzz friendzz..baru nak kenal.."

Ape yang menariknya, sang wanita ni dah menyatakan rasa hati yang dia sudah suka sama itu lelaki(kawan aku ni) la..Sang jejaka,menyatakan "kita kenal-kenal dulu..perlahan-perlahan..".Pada firasat aku yang tak berapa tahu sangat pasal cintan-cintun ni,kalau member aku ni kata "Yes", maka bermula siri episod cinta 2 insan,uda dan dara.hehehhe...

Tapi situasi sekarang,sang teruna tidak menyatakan "Yes" pada sang dara.Tetap dengan pendirian..baru kawan...baru nak kenal-kenal..Yang menariknya sekarang, walau kawan-kawan,sang teruna melayan sang dara ni seperti sang dara ni "teman wanita". Bila sang bunga ni ajak "dating",sang kumbang setuju(mungkin melonjak gumbira). Sang kumbang jua mengisi masa-masa lapang di waktu dinihari dengan "mengeratkan ikatan kasih sayang" di antara mereka berdua. Tak lupa jua hadiah tanda ingatan untuk sang bunga..




Tapi bila diajukan pertanyaan,sang kumbang sudah jatuh hati ke?jawapannya.."eh..tak da la..kawan-kawan je.."..aduss..

Mungkin aku yang "lemau" bila citer bab perasaan cintan cintun ni..Tapi..ini cuma pendapat saja..Kalau sang teruna masih mencari yang paling ideal dalam hidupnya,mengapa layanan bak bidadari dilimpahkan kepada yang belum lekat dihati?Mengapa terus diberi "harapan" kepada perasaan orang lain, padahal perasaan sendiri masih gagal akui cinta tu?

Mengapa..mengapa..ceewaah...
Mengapa sang lelaki tidak cuba menjauhkan diri sedikit,MUNGKIN...mengapa sang lelaki tidak menyatakan perasaan sebenar kepada sang wanita agar sang wanita jelas,paham dan tidak tertunggu-tunggu?..adooii...aku pula yang beremosi..kih3..

p/s..untuk sahabat aku ni..aku kompius ar dengan cara ko ni..he3..rungkaikan la...bicara aku ni atas dasar kasih sayang tau..hehehehe..:P




Sambung Baca...Suka + Cinta

Monday, January 25, 2010

Allah Maha Besar



Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.

Sesungguhnya, mati itu pasti.Kiamat bila-bila je akan berlaku.Padang Mahsyar??Ramai dah tahu gambaran kita kat sana nanti.

Neraka jahanam-dari kita zaman kecik-kecik lagi kita dah dengar pasal neraka jahanam(
ha..ko main tipu..mana leh main tipu2..nanti masuk api neraka tau..ayoo..tak tau..ko masuk neraka)Api di dunia ni,adalah sekalis dari api neraka.SubhanAllah.

Syurga?aduss..indah nya gambaran syurga tu.teringat ustaz dulu citer "kat syurga tu,kita baru pikir je nak makan epal,tetiba je epal dah depan mata"(masing2 mulut ternganga cuba membayangkn hebatnya syurga-Jannah.

Semua ni adalah benar-benar.banyak kali kita dengar,kita belajar,kita baca dan orang bagitau kan.dah pasti lah,syurga matlamat akhir kita nanti.tapi...dah cukup syarat kita yang yakin ada syurga dan neraka.???diri aku sendiri ni pun..huhu..kadang-kadang lupa matlamat hidup ni.hanyut..khayal..

Ya Allah.Kekalkan lah nikmat Iman dan Islam ini.Pandulah aku ke jalan yang Engkau redhoi.Amiin..Amiin..Ya Robbal 'Alamin..


Sambung Baca...Allah Maha Besar

Wednesday, January 13, 2010

Wajah Kekasih





Assalamu'alaikum Warahmatullahh Hiwabarookaatuuh..

Wakaka..tajuk entry kali ni memang meletup.Adakah aku nak dedahkan satu dunia yang aku dah ada aweks atau bahasa yang lebih signifikan kekasih..no..no..no...belum masanya lagi..kan 2012!!hehehehe..insyaallah.;)

Ha,wajah kekasih yang paling signifikan adalah diri kita sendiri lah..jadikan diri kita kekasih hati diri sendiri dulu,sebelum menjadikan orang lain kekasih hati sebenar..wahhh!!tak sangka aku boleh layan ayat cam ni..ahaks..cintai diri sendiri dulu,barulah cintai diri orang lain yang sepatutnya kita hendak cintai.ngeh3(ayat xbleh blah!!).

Sebenarnya nak kongsi sikit "wajah" yang kita palitkan pada wajah kita sendiri yang kekadang kita rasa muka kita hendsome gila lah seperti aku pernah berangan bila tengok kat cermin bahawa muka aku ni memang hensem bangat..dengan syarat,ia di lihat pada posisi yang betul dan posisi posing muka yang vouge..(perasan gila lah aku)..tapi kan,setiap kejadian didunia ni tuhan ciptakan ada kelebihan dan kecantikan yang tersendiri..huhuhu..betul tak?betullah tu.he..

Berbalik lah cite yang ingin den koba an kek ateh tu..wajah kita yang dipalitkan..macam wajah2 kat bawah ni..he..




huhu..kalau aku tengok2 semula pix kat atas ni.memang aku dengan rela hatilah mengatakan member2 opis aku sentiasa mengambil masa yang lama kat bilik air opis untuk mencari2 muka yang sesuai dipakai setiap hari kat opis.antara contoh yang boleh aku katakan di sini macam aku sendirilah..hehhee..yelah...kadang2 bos tetiba belum kul 8 pagi dah siap call bagai.pastu adalah pulak kerja2 last minute nak kena buat.and then tetiba nafsu malas aku pulak membuak2 untuk meninggalkan segala kerja yang kononnya perlu disiapkan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam fail meja..hehehe..tapikan..ada sorang member aku ni telah kuarkan satu statement yang amat menusuk qolbu lah.."aku xkisah apa orang nak cakap pasal kerja aku.yang aku tahu,aku buat kerja ni adalah 1 ibadah"..perghh..ayat tak boleh hengat.poyo je aku dengar.tapi kalau ditelusuri dengan penuh hikmah dan diselubungi dengan rasa keinsafan dan kesedaran yang tinggi,ada betul juga itu statement.

So,muka mana yang nak kita tempelkan setiap hari?tepuk dada,tanyalah la iman bro..renung2kan..dan selamat beramal.

Salam kedai kopi..

p/s:..masih menunggu nasi lemak kopi o!!!cepatlah...

wassalam.


Sambung Baca...Wajah Kekasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...